45 pesawat tentera China dikesan berlegar-legar di ruang udara

45 pesawat tentera China dikesan berlegar-legar di ruang udara Taiwan

HELIKOPTER tentera China terbang melintasi pulau Pingtan, titik paling dekat dengan Taiwan di wilayah Fujian tenggara China pada 7 April lalu. -CNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Pertahanan Taiwan mengesan sebanyak 45 pesawat tentera China berlegar-legar di sekitar negara itu, kurang seminggu sebelum pulau itu merasmikan presiden baharunya yang dianggap China sebagai pemisah berbahaya.

Hal ini kerana China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berkata ia tidak akan pernah menggunakan kekerasan untuk membawanya ke bawah kawalan China.

Republik itu memberi amaran bahawa Lai Ching-te, naib presiden semasa yang akan mengangkat sumpah jawatan tertinggi Taiwan pada 20 Mei ini didakwa akan membawa perang dan kemerosotan ke pulau itu.

Ketegangan meningkat sejak Ching-te memenangi pemilihan presiden, Januari lalu.

Semalam, Kementerian Pertahanan Taipei berkata, ia mengesan 45 pesawat China dan enam kapal tentera laut yang beroperasi di sekitar Taiwan dalam tempoh 24 jam sehingga 6 pagi waktu tempatan.

“Sebanyak 26 daripada pesawat itu melintasi garisan median Selat Taiwan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan merujuk kepada garisan yang membelah dua laluan air sepanjang 180 kilometer yang memisahkan Taiwan dari China.

Kementerian itu menambah bahawa ia memantau keadaan dan bertindak balas sewajarnya.

Tentera laut AS dan Taiwan dilaporkan secara senyap-senyap mengadakan latihan Pasifik pada bulan April lalu, kata sumber.

Selasa lalu, kementerian berkata, 23 buah pesawat China termasuk jet pejuang dan dron dikesan di sekitar Taiwan dalam tempoh dua jam.

China dalam beberapa tahun kebelakangan ini meningkatkan tekanan tentera ke atas Taiwan, mengekalkan kehadiran hampir setiap hari pesawat pejuang, dron dan kapal tentera laut di sekitar pulau itu.

Yang terbesar pernah dilihat di sekitar Taiwan adalah September tahun lalu apabila Beijing menghantar 103 pesawat pejuang, 40 daripadanya melintasi garis tengah sempadan negara.

Pakar mengatakan ini adalah taktik zon kelabu, yang menghentikan tindakan perang secara terang-terangan tetapi berfungsi untuk meletihkan tentera Taipei. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×