Gading Kencana siap projek solar 2.79MW di Kompleks PETRONAS Kerteh

Gading Kencana siap projek solar 2.79MW di Kompleks PETRONAS Kerteh

Sistem solar dengan kapasiti 2.79 megawatt (MW) yang dipasang di tempat letak kereta berbumbung Kompleks PETRONAS Pantai Timur (PECC) Kerteh untuk Gentari Renewables Sdn. Bhd. (Gentari).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) baru-baru ini telah berjaya menyiapkan sistem letak kereta berbumbung solar dengan kapasiti 2.79 megawatt (MW) untuk Gentari Renewables Sdn. Bhd. (Gentari).

Projek itu telah dilaksanakan di Kompleks PETRONAS Pantai Timur (PECC) Kerteh, Terengganu bagi menyokong usaha penyahkarbonan serta meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu dalam operasi industri.

Memetik laporan media, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Ketua Negara Malaysia Gentari, Shah Yang Razalli, berkata, penggunaan tenaga boleh baharu di premis organisasi menawarkan pendekatan praktikal untuk meningkatkan daya saing kos dan mencapai sasaran penyahkarbonan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, projek tersebut adalah bukti infrastruktur sedia ada boleh dimanfaatkan sebagai aset penjanaan tenaga bagi meningkatkan daya tahan operasi, kebolehramalan kos serta mengurangkan pelepasan karbon.

“Projek ini membuktikan bagaimana infrastruktur sedia ada boleh dimanfaatkan sebagai aset penjanaan tenaga yang produktif bagi meningkatkan daya tahan operasi, menambah baik kebolehramalan kos serta menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon daripada operasi,” katanya.

Beliau berkata, Gentari juga berhasrat dapat membantu lebih banyak organisasi mempercepatkan peralihan tenaga menerusi penyelesaian praktikal yang boleh diperluas dan disesuaikan mengikut keperluan operasi masing-masing.

Projek PECC Kerteh yang dilaksanakan dalam lima fasa itu meliputi kawasan kompleks seluas 56,361 meter persegi dan dijangka menjana kira-kira 3.5 juta kilowatt jam (kWh) tenaga elektrik bersih setiap tahun.

Penjanaan tenaga berkenaan juga dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara sebanyak kira-kira 2,500 tan setahun, sekali gus membantu mengurangkan jejak karbon operasi kompleks berkenaan.

Tenaga elektrik yang dijana akan digunakan bagi menyokong operasi PECC, manakala lebihan tenaga disalurkan ke grid elektrik nasional menerusi skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

Menurut Gentari, projek itu dilaksanakan berdasarkan Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (PPA) antara Gentari dan Rantau Properties Sdn Bhd, anak syarikat KLCC (Holdings) Sdn Bhd yang juga pemilik serta tuan tanah PECC.

Di bawah perjanjian itu, Gentari bertanggungjawab membangunkan dan mengendalikan sistem solar berkenaan, manakala Rantau Properties menyediakan tapak pemasangan serta membeli tenaga elektrik yang dijana.

Projek yang dimulakan pada 2024 itu dilaksanakan dengan kerjasama  Gading Kencana itu  turut mencerminkan komitmen Gentari untuk memperkukuh penyertaan rakan industri tempatan dalam pelaksanaan projek tenaga boleh baharu berskala komersial serta membangunkan keupayaan dalam rantaian nilai tenaga bersih negara.

Selain itu, PECC berfungsi sebagai hab pentadbiran dan operasi utama PETRONAS yang menyelaras pelbagai inisiatif tenaga huluan, hiliran dan serantau di sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Kompleks itu merangkumi bangunan pejabat, kemudahan operasi dan sokongan serta lebih 1,400 petak parkir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini