BEIRUT: Gerakan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon berkata pihaknya menyerang utara Israel dengan dron dan peluru berpandu sebagai membalas serangan rentas sempadan tentera Zionis menyebabkan tiga terbunuh, termasuk dua anggotanya.
Menurut kenyataan daripada kumpulan itu, mereka melancarkan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu terhadap ibu pejabat komando tentera Al Manara yang menghimpunkan pasukan dari Batalion ke-51 Briged Golani.
Tentera Israel berkata, sistem pertahanan udara iaitu Iron Dome berjaya memintas serangan udara mencurigakan yang menyeberang dari Lebanon ke kawasan Manara di utara Israel.
Tambahnya, tentera juga menyerang punca tembakan dengan beberapa peluru berpandu anti kereta kebal yang dilancarkan dari Lubnan ke kawasan sempadan Manara.
Agensi Berita Nasional Lebanon melaporkan bahawa serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kampung Srebbine mencederakan 11 orang termasuk seorang parah.
Semalam, jet pejuang Israel menyerang struktur tentera Hezbollah di kawasan Qouzah di selatan Lebanon, menurut tentera dalam satu kenyataan.
Sempadan antara Lebanon dan Israel menyaksikan pertempuran hampir setiap hari sejak perang Israel-Palestin di Gaza bermula hampir tujuh bulan lalu.
Dalam dua kenyataan berasingan semalam, Hizbullah meratapi kematian dua pejuangnya dari kampung Kfar Kila dan Khiam.
Katanya, mereka sudah mati syahid dalam perjalanan ke Baitulmaqdis, ungkapan yang digunakan untuk merujuk kepada anggota yang terbunuh disebabkan tembakan Israel.
Hezbollah berkata pihaknya melancarkan puluhan roket ke pangkalan tentera Israel di Meron, utara Israel.
Kumpulan itu berkata ia adalah sebagai balasan bagi serangan Israel ke atas rumah orang awam di beberapa tempat di selatan Lubnan, termasuk Kfar Kila dan Srebbine.
Kenyataan tentera Zionist berkata sistem Iron Dome milik mereka berjaya memintas peluru berpandu yang dilepaskan ke arah utara Israel dari wilayah al-Manara Lebanon.
Tambahnya, tembakan ke arah kampung Srebbine menyasarkan ia infrastruktur tentera.
Hezbollah mempergiatkan sasarannya ke atas tapak tentera di Israel sejak ketegangan memuncak antara Israel dan Iran berhubung pengeboman konsulat Damsyik di Tehran, Iran pada 1 April, dipersalahkan bulat-bulat ke atas Israel. -AFP










