‘Suu Kyi mungkin dijadikan perisai manusia’

‘Suu Kyi mungkin dijadikan perisai manusia’

KIM Aris kini menetap di London, United Kingdom.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemimpin Myan­mar, Aung San Suu Kyi dipindahkan dari penjara ke tahanan rumah, mungkin digunakan junta pemerintah sebagai perisai manusia dalam mendepani kon­flik dengan kumpulan penentang.

Menurut anaknya, Kim Aris, Suu Kyi ditahan oleh tentera Myanmar sejak kerajaan yang diterajuinya digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2021.

Pemenang Nobel berusia 78 tahun itu ditahan di penjara selama 15 tahun di bawah junta sebelumnya.

Jurucakap junta berkata, minggu ini, Suu Kyi dipindahkan ke tahanan rumah sebagai langkah untuk melindunginya dan banduan warga emas lain daripada cuaca panas.

Bagaimanapun, tidak jelas ke mana sebenarnya dia dipindahkan.

Kim yang tinggal di London, memberitahu Reuters bahawa dia mendengar Suu Kyi me­ngalami kepanasan, tetapi alasan rasmi junta untuk memindahkannya tidak dapat dipastikan.

“Saya fikir mereka mempu­nyai sebab tersendiri untuk memindahkannya iaitu mereka ingin menggunakannya sebagai perisai manusia atau cip tawar-menawar.

“Memandangkan pertempuran semakin hampir dengan kubu kuat tentera, saya fikir mereka mungkin hanya mahu memastikan dia digunakan sebagai perisai manusia atau mereka mungkin ingin berun­ding dengan pasukan penentang apabila dia dibebaskan,” katanya.

Kemarahan terhadap junta di Myanmar bertukar menjadi gerakan penentangan bersenjata di seluruh negara itu yang kini beroperasi dalam penyelarasan dengan kumpulan pemberontak etnik, ditubuhkan untuk mencabar tentera di seluruh bahagian besar negara tersebut.

Pemimpin dunia dan aktivis pro-demokrasi berulang kali menggesa agar Suu Kyi dibebaskan.

Dia berdepan hukuman penjara 27 tahun kerana me­lakukan jenayah daripada peng­khianatan dan rasuah sehinggalah melanggar undang-undang telekomunikasi, satu tuduhan yang dinafikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×