BAITULMUQADDIS: Menteri Luar Israel, Israel Katz memberitahu bahawa pencerobohan yang dirancang dilakukan ke dalam bandar Rafah di selatan Gaza boleh digantung sekiranya wujud perjanjian untuk membebaskan tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas.
Kenyataan itu muncul ketika pengantara antarabangsa mendesak perjanjian untuk mencapai gencatan senjata dalam enam bulan pertempuran dahsyat di Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang diambil semasa serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang.
“Pembebasan tebusan adalah keutamaan kami,” kata Katz semasa wawancara dengan televisyen Channel 12 tempatan.
Ditanya sama ada itu termasuk menangguhkan operasi yang dirancang untuk menghapuskan batalion Hamas di bandar Rafah, Katz menjawab, “Ya.”
Beliau seterusnya berkata, jika ada perjanjian daripada Hamas dengan pihaknya, tentera Israel akan menangguhkan operasi di Rafah.
Walaupun Katz adalah ahli Kabinet Keselamatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, namun, dia bukan ahli Kabinet perang forum yang menyelia serangan Gaza.
Israel yang melancarkan perangnya untuk memusnahkan Hamas selepas serangan kumpulan Hamas ke atas bandar Israel pada 7 Oktober lalu berkata, Rafah adalah rumah kepada empat batalion tempur Hamas yang diperkuatkan oleh beribu-ribu pejuang.
Sehubungan itu, tentera mesti mengalahkan mereka untuk mencapai kemenangan.
Tetapi Rafah yang bersempadan dengan Mesir didakwa melindungi lebih sejuta rakyat Palestin yang melarikan diri dari serangan Israel.
Terdahulu pada hari Sabtu, Hamas berkata, mereka menerima maklum balas rasmi Israel terhadap cadangan gencatan senjata terbaharunya dalam rundingan pengantara Mesir dan Qatar dan akan mengkajinya sebelum mengemukakan jawapannya.
Pada hari Khamis kalu, Amerika Syarikat dan 17 negara lain merayu kepada Hamas untuk membebaskan semua tebusannya sebagai laluan untuk menamatkan krisis.
Hamas mahu menyelesaikan sebarang perjanjian untuk menamatkan pertempuran secara kekal kerana kumpulan itu bersumpah untuk memusnahkan Israel.
Israel merancang untuk meneruskan perang sehingga kapasiti pemerintahan dan ketenteraan Hamas dibongkar.
Lebih 130 tebusan masih ditahan di tawanan Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ketika Hamas mengeluarkan video baharu yang menunjukkan dua daripada tebusan merayu untuk pembebasan mereka dan menyampaikan kasih sayang kepada keluarga mereka, beribu-ribu rakyat Israel berkumpul di Tel Aviv sebagai protes, menuntut kerajaan berbuat lebih banyak untuk mendapatkan pembebasan mereka.
Kira-kira 1,200 orang terbunuh pada 7 Oktober lalu, menurut jumlah Israel, dalam serangan tunggal paling maut dalam sejarah Israel.
Serangan Israel di Gaza pula membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza yang diperintah Hamas. -REUTERS










