Penyelesaian dua negara elak serangan Gaza berulang

Penyelesaian dua negara elak serangan Gaza berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Serangan di Gaza dapat dielakkan daripada berulang semula sekiranya komitmen terhadap usaha penyelesaian dua negara benar-benar diberi tumpuan. 

Komitmen itu dinyatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan semasa mesyuarat khas Forum Ekonomi Dunia di Riyadh.

Jelasnya, ia dilihat sebagai satu-satunya penyelesaian yang munasabah dan boleh dipercayai bagi menjamin serangan sama oleh Zionis Israel tidak berulang buat tahun-tahun akan datang.  

“Kami di rantau ini tidak hanya menumpukan penyelesaian krisis Israel-Palestin, tetapi akan melihat bagaimana boleh menyelesaikan masalah lebih besar dalam konteks Gaza. 

“Iaitu komitmen sebenar kepada penyelesaian dua negara adalah jalan yang boleh dipercayai dan tidak boleh diubah di Palestin,” katanya lapor Arab News. 

Bagi merealisasikan penyelesaian itu, katanya, ia terpulang kepada masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara paling berpengaruh dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

“Banyak negara dan masyarakat antarabangsa menyokong gagasan itu. Sekarang, adalah masa untuk diterjemahkan ke dalam realiti. Sekarang bukan masanya untuk bercakap sahaja, tetapi tindakan kepada langkah konkrit. 

“Ia tidak boleh diserahkan kepada pihak yang betelagah, tetapi masyarakat antarabangsa terutamanya negara yang mempunyai pengaruh paling besar, paling banyak impak perlu campur tangan,” jelasnya.

Putera Faisal berkata, Kerajaan Arab Saudi bersedia melakukan segala usaha bagi mendorong penyelesaian dua negara berkenaan dan berharap ia menjadi realiti. 

“Jika semua bersetuju dengan negara Palestin dan mahu memberikan hak keselamatan dan kestabilan, maka kita semua perlu memastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya.   

 Turut senada, Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry yang menjelaskan konflik Israel-Palestin tidak akan dapat diselesaikan sehingga penyelesaian dua negara berkuat kuasa. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya