Lelaki pesan lebih 50 makanan dihantar ke rumah bekas kekasih

Lelaki pesan lebih 50 makanan dihantar ke rumah bekas kekasih

LEBIH 50 makanan dipesan menerusi aplikasi Yemeksepeti untuk dihantar ke alamat yang sama.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IZMIR: Berang dihina selepas putus cinta, seorang lelaki membuat lebih 50 pesanan makanan di beberapa restoran di Izmir, Turkiye dan menghantarnya ke alamat bekas kekasihnya tinggal.

Insiden itu berlaku pada ming­gu lalu, kira-kira pukul 9 malam apabila lebih 50 pesanan kurier muncul di hadapan sebuah pangsapuri di Jalan Çimen, di daerah Balçova, Izmir.

Penghantaran luar biasa itu dirakamkan dalam video oleh orang yang lalu-lalang dan tular dalam media sosial Turkiye.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar tempatan juga me­nyiasat cerita di sebalik kejadian berkenaan.

Ternyata seseorang menggunakan penghantaran tunai dari aplikasi penghantaran makanan Turkiye, Yemeksepeti yang dipesan di bawah nama palsu dan menghantar semuanya ke alamat yang sama.

Lelaki berkenaan juga tidak hirau menggunakan nombor telefon sebenarnya sebaliknya menggunakan nombor yang mencurigakan 0555 555 55 55.

Beberapa restoran yang me­nerima tempahannya menyedari nombor pelik itu dan cuba menghubunginya untuk pengesahan.

Lebih 50 pesanan dihantar ke alamat yang sama dan terdapat video menunjukkan 25 orang penghantar makanan menunggu di hadapan bangunan yang sama untuk mengutip bayaran.

Tidak ada restoran yang memfailkan aduan kepada polis berhubung kejadian itu, jadi tiada sesiapa pun bersusah payah mencari suspek.

Tetapi, beberapa kedai makan di Izmir yang dihubungi pemberita mengaku menjadi mangsa gurauan tersebut.

Seorang pemilik restoran berkata bahawa beberapa restoran lain menelefon untuk memberi amaran kepada mereka tentang pesanan palsu itu, tetapi pada masa itu makanan sudah dihantar keluar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini