Israel serang tiga rumah di Rafah sehingga13 maut

Israel serang tiga rumah di Rafah sehingga 13 maut

KANAK-KANAK Palestin memeriksa tapak serangan Israel ke atas sebuah rumah, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Islam Palestin Hamas, di Rafah, di selatan Gaza, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Serangan udara Israel ke atas tiga rumah di bandar Rafah, selatan Gaza membunuh 13 orang dan mencederakan ramai yang lain, kata pegawai perubatan hari ini.

Media Hamas meletakkan angka kematian seramai 15 orang.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, di Bandar Gaza, pesawat Israel mengebom dua rumah, membunuh dan mencederakan beberapa orang.

Serangan ke atas Rafah berlaku di mana lebih sejuta orang berlindung daripada serangan Israel selama berbulan-bulan berlaku beberapa jam sebelum Mesir dijangka menjadi tuan rumah kepada pemimpin kumpulan Hamas untuk membincangkan prospek perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Peperangan itu dicetuskan oleh serangan kumpulan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, membunuh 1,200 dan menjadikan 253 tebusan, menurut pengiraan Israel.

Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas yang mengawal Gaza dalam operasi ketenteraan yang membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin, 66 daripadanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. 

Peperangan menyebabkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk dipindahkan dan membazirkan sebahagian besar kawasan itu.

Semalam, pegawai Hamas berkata, satu delegasi diketuai Timbalan Ketua Gaza kumpulan itu, Khalil Al-Hayya akan membincangkan cadangan gencatan senjata yang diserahkan Hamas kepada pengantara dari Qatar dan Mesir, serta menunggu tindak balas Israel. 

Pengantara, yang disokong oleh Amerika Syarikat meningkatkan usaha mereka untuk memuktamadkan perjanjian ketika Israel mengancam untuk menyerang Rafah.

Dua pegawai Hamas yang bercakap dengan Reuters tidak mendedahkan butiran cadangan terbaharu itu, tetapi sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu memberitahu Reuters Hamas dijangka memberi maklum balas kepada cadangan gencatan senjata terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN