AS nafi bersikap dwistandard terhadap Israel

AS nafi bersikap dwistandard terhadap Israel

ANTONY BLINKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak pandangan dunia bahawa negaranya mungkin mempunyai sikap dwistandard terhadap dakwaan penyalahgunaan tentera Israel di Gaza.

Beliau berkata proses pertuduhan penyalahgunaan tersebut sedang berjalan. 

“Adakah kita mempunyai dwi standard? Jawapannya, tidak. 

“Secara amnya, semasa kita melihat hak asasi manusia dan keadaan hak asasi manusia di seluruh dunia, kita menggunakan standard yang sama kepada semua orang. 

“Itu tidak mengubah sama ada negara adalah musuh, pesaing, kawan atau sekutu,” kata Blinken dalam sidang akhbar mengumumkan laporan tahunan hak asasi manusia di negara itu.

Blinken memberitahu lagi, apabila bercakap mengenai dakwaan ia melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan pencabulan hak, pihaknya mempunyai proses dalam jabatan yang melihat isu yang dibangkitkan. 

“Proses itu sedang berjalan,” katanya.

Beliau enggan menyatakan bila proses tersebut mungkin menghasilkan penilaian yang muktamad.

Tingkah laku ketenteraan Israel mendapat perhatian yang semakin meningkat apabila tenteranya membunuh 34,000 rakyat Palestin di Gaza yang terkepung, menurut pihak Kementerian kesihatan Gaza, kebanyakannya orang awam dan kanak-kanak. 

Gaza menjadi tanah terbiar dan kekurangan makanan yang melampau, menyebabkan kebimbangan berlakunya kebuluran.

Israel melancarkan serangannya sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, di mana Israel mengatakan 1,200 orang terbunuh.

Kumpulan hak asasi manusia membuktikan banyak insiden kecederaan awam semasa serangan tentera Israel di Gaza serta menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan keganasan di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Rekod Kementerian Kesihatan Palestin menunjukkan tentera atau peneroka Israel membunuh sekurang-kurangnya 460 orang Palestin sejak 7 Oktoer lalu.

Tetapi setakat ini, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden berkata, ia tidak mendapati Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

Peguam bela membangkitkan persoalan tentang dwistandard dengan mengatakan AS cepat mengutuk tindakan, sebagai contoh, Russia dalam pencerobohannya ke atas Ukraine, tetapi pentadbiran Biden berhati-hati untuk tidak pergi terlalu jauh dalam kritikannya terhadap Israel. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN