Marrybrown perkenal menu baharu pikat pelanggan sepanjang Ramadan, Syawal

Marrybrown perkenal menu baharu pikat pelanggan sepanjang Ramadan, Syawal

DANIEL Chan (tengah) bersama kakitangannya menunjukkan hidangan Riang Ramadan Raya di Marrybrown Jalan Long Yunus,Kota Bharu semalam. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali rangkaian restoran makanan segera, Marrybrown Sdn. Bhd. (Marrybrown) memperkenalkan menu baharu berasaskan ayam penyet dalam usaha memikat penggemar makanan itu sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Chan, berkata, hidangan yang mula dijual bermula semalam sehingga 28 April depan itu menawarkan ‘sesuatu yang berbeza’ kepada pelanggan dan penggemar makanan tersebut.

“Dua menu itu ialah kombo burger ayam penyet dan kombo nasi ayam penyet. Kombo burger menawarkan ayam goreng yang diapit dengan roti gebu hijau serta sambal istimewa itu dijual pada harga RM17.60. 

Kombo nasi ayam penyet pula, kita tawarkan dengan nasi bersama ayam goreng yang rangup, tempe, sambal istimewa dan dilengkapkan dengan sup bermula RM16.90. Hidangan itu hadir bersama minuman Green Apple Fizz dan Chewy Pearls iaitu minuman berperisa epal hijau serta boba yang menyegarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan hidangan tersebut di Marrybrown Jalan Long Yunus di sini semalam.

Daniel Chan memberitahu, pada masa sama penggemar ayam juga boleh menikmati kombo ayam penyet yang dihidangkan dengan dua ketul ayam goreng Marrybrown rangup dengan sos sambal istimewa, bermula dengan harga  RM19.50.

Katanya, bagi pelanggan yang inginkan sajian lengkap, hidangan Ayam Penyet Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan kombo yang pasti memuaskan citarasa pelanggan iaitu bermula harga RM26.90. 

“Komitmen kami bukan sahaja untuk menyediakan hidangan yang lazat, tetapi berhasrat untuk mencipta pengalaman kulinari yang mencerminkan semangat perpaduan dalam meraikan pelbagai budaya di Malaysia.

“Kami berharap menu ‘sesuatu yang berbeza’ kali ini dapat memikat selera rakyat Malaysia apabila mereka berbuka puasa bersama yang tersayang dan menyerikan lagi suasana hari raya bersama keluarga serta kenalan terdekat,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN