Demokrasi AS berakhir jika Trump tidak menang

Demokrasi AS berakhir jika Trump tidak menang

DONALD Trump bercakap semasa Perhimpunan PAC Nilai Buckeye di Vandalia, Ohio, kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden Republikan, Donald Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya presiden November ini bermakna kemungkinan demokrasi Amerika Syarikat (AS) akan berakhir.

Trump yang bercakap kepada penyokongnya di Ohio, membuat kenyataan itu selepas mengulangi dakwaan tidak berasasnya bahawa kekalahannya pada Pilihan Raya 2020 kepada Presiden Demokrat, Joe Biden adalah hasil daripada penipuan dalam pilihan raya.

“Jika kita tidak memenangi pilihan raya ini, saya tidak fikir anda akan mengadakan pilihan raya lain di negara ini,” kata Trump.

Trump yang berada di bawah dakwaan jenayah di Georgia kerana cuba membatalkan keputusan Pilihan Raya 2020 di sana minggu ini memenangi undi perwakilan yang cukup secara matematik untuk merangkul pencalonan mewakili Republikan.

Perlawanan semula Pilihan Raya Umum dengan Biden sa­ngat hampir.

Tinjauan Reuters minggu lalu mendapati kedua-dua calon itu berada dalam kea­daan seri statistik berdasakan jumlah pengundi berdaftar.

Trump membuka ucapan­nya di Dayton dengan penghormatan kepada penyokongnya yang kini dipenjarakan kerana merusuh di Capitol AS pada 6 Januari 2021, ketika mereka berusaha untuk menyekat pensijilan kemenangan Biden dalam Pilihan Raya 2020.

Trump memberi tabik hormat dan menggelar mereka patriot dan tebusan.

Bekas Presiden AS itu menggunakan retorik yang semakin dystopian dalam ucapan kempennya tentang keada­an negara.

Di tengah-tengah bahagian dalam ucapannya tentang meletakkan tarif pada kereta import, dan persaingan asing untuk industri automotif AS, Trump mengisytiharkan, jika dirinya tidak dipilih, ia akan menjadi pertumpahan darah untuk seluruh negara. –REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN