Belum ada - Siti Nordiana belum jumpa 'pengganti' - Utusan Malaysia

Belum ada – Siti Nordiana belum jumpa ‘pengganti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Nordiana, 40, memaklumkan dia buat masa ini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dan fokus pada kerjayanya dalam bidang seni.

Justeru, penyanyi yang mesra disapa sebagai Nana itu menolak sebarang spekulasi dia sudah bertemu jodoh dan merancang untuk berumah tangga.

“Tak mengapa kalau ada yang bertanyakan perkara sama. Tapi respons saya masih sama, belum ada.

“Tetapi jodoh sesuatu di luar jangkaan kita. mungkin disebabkan doa peminat saya bertemu lelaki yang sesuai pada tahun hadapan?

“Buat masa ini, saya hanya fokus pada kerjaya sebagai penyanyi,” katanya pada sidang media konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun baru-baru ini.

Nana dalam pada itu memaklumkan sudah lama menyimpan hasrat untuk menganjurkan konsert berskala besar.

Bagaimanapun katanya, baru tahun ini ditakdirkan hasrat tersebut menjadi kenyataan.

“Memang saya pernah merancang sebelum ini, tetapi tidak ia tidak kesampaian disebabkan beberapa faktor.

“Konsert ini akan menjadi sesuatu yang istimewa kerana ia adalah masa untuk saya meraikan kerjaya saya dengan peminat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN