Israel mahu pindahkan penduduk Gaza ke Congo 

Israel mahu pindahkan penduduk Gaza ke Congo 

​WANITA Palestin berbual-bual di bawah payung di kem sementara yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pegawai kanan Israel dilaporkan akan mengadakan rundingan sulit dengan kerajaan Congo dan negara-negara lain mengenai pengusiran rakyat Palestin dari semenanjung Gaza.

Menurut portal berita  The New Arab, rancangan itu didedahkan menerusi laporan akhbar Israel Zman Yisrael, kelmarin.

Akhbar itu yang merupakan saluran saudara Times of Israel berbahasa Ibrani berkata, dasar ‘penghijrahan’ Gaza menjadi dasar utama kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

DASAR DISOKONG

Netanyahu dilaporkan membenarkan dasar penyingkiran dan ahli Kabinet peringkat tertinggi Israel menyokong dasar tersebut. 

Kerajaan Israel memulakan rundingan dengan Congo sebagai destinasi yang wajar untuk menempatkan penduduk Gaza.

Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat perang Israel yang tidak senonoh dan kejam yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 22,313 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 57,296 orang.

Pada permulaan perang, Israel mengarahkan penduduk utara semenanjung Gaza meninggalkan rumah mereka dan ramai pegawai Israel membuat kenyataan menyokong pengusiran paksa penduduk Gaza.

SEDIA MENERIMA PENDATANG

Menurut sumber kanan dalam Kabinet perang Israel yang dipetik oleh Times of Israel, Congo merupakan negara yang bersedia menerima pendatang.

“Congo akan bersedia menerima pendatang, dan kami sedang berunding dengan orang lain,” kata sumber berkenaan.

Isnin lalu, pada mesyuarat Parti Likud, Netanyahu menyokong sepenuhnya idea pemindahan itu dan berkata pihaknya sedang mengusahakan perpindahan penduduk Gaza.

“Masalah kami ialah mencari negara yang bersedia menerima mereka (penduduk Gaza) dan kami sedang mengusahakannya,” ujarnya.

Selasa lalu, AS mengkritik Menteri Kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich kerana menyokong pengusiran rakyat Palestin dari Gaza.

Bagaimanapun, sokongan dan pelaksanaan rancangan oleh Netanyahu yang membawa kepada rundingan sulit antara kerajaan Israel dan Congo merupakan satu kemajuan berbahaya.

Malah, rancangan pengusiran ini disifatkan sebagai pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai.

PENGHIJRAHAN SUKARELA

Kerajaan Israel memanggil dasar pengusiran itu sebagai ‘penghijrahan sukarela.’ 

Menteri Perisikan Israel, Gila Gamliel berkata kepada Knesset (Parlimen Israel), pihaknya membayangkan tiada pihak berkuasa perbandaran di Gaza. 

“Pada akhir perang, pemerintahan Hamas akan tumbang, tiada pihak berkuasa perbandaran, penduduk awam akan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan. 

“Tidak akan ada pekerjaan dan 60 peratus daripada tanah pertanian Gaza akan menjadi zon penampan keselamatan,” katanya.

Gamliel yang didakwa salah seorang perancang usaha pengusiran itu dikatakan membentangkan peta yang menunjukkan Gaza selepas perang, dengan penduduk awam Palestin yang tinggal terkepung dan dengan Israel menguasainya.

Sempadan keselamatan juga tidak dapat lagi dikenali selain Israel mengawal Koridor Philadelphi, dan kekal mengenakan sekatan tentera laut.

Gamliel juga mendakwa bahawa tiada badan Palestin yang layak untuk mengambil alih kuasa di Gaza kerana penduduk awam akan terdedah kepada ‘kebencian berterusan terhadap Israel’ dan ia akan membawa kepada lebih banyak serangan seperti 7 Oktober lalu.

Akhbar Zman Yisrael juga turut melaporkan bahawa Arab Saudi juga dilihat sebagai destinasi berpotensi untuk rakyat Palestin di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN