Wanita dalam perjalanan ambil anak di sekolah maut kemalangan - Utusan Malaysia

Wanita dalam perjalanan ambil anak di sekolah maut kemalangan

NOR FAIZUAMEE ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar dari arah belakang dalam kejadian dekat bulatan Jalan Bandar Baru, Kuala Nerus, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Suprintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail, kemalangan itu menyebabkan mangsa, Nor Faizuamee Zulkifli, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika wanita terbabit dalam perjalanan dari arah Kampung Alor Jambu menuju ke arah bandar Kuala Terengganu.

“Setibanya di tempat kejadian iaitu dekat bulatan Bandar Baru Kuala Nerus, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Beat dipercayai telah menukar laluan dari lorong kiri jalan ke lorong kanan.

“Bagaimanapun akibat jarak yang terlalu dekat, sebuah kenderaan lain jenis Perodua Alza dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang motosikal mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Alza terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau, mayat Nor Faizuamee kemudian telah dihantar ke Unit Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

Tambah Wan Mohd. Zaki, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu rakan mangsa dikenali sebagai Fatimah, 39, berkata, mangsa yang tinggal di Kampung Bukit Berangan, Tepuh, sempat menghantar pesanan  di dalam kumpulan Whatsapp kelas anaknya pada pukul 3.41 petang, maklumkan kepada salah seorang guru bahawa dia terpaksa mengambil anaknya sedikit lewat berbanding kebiasaan.

“Mungkin ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan mengambil anaknya yang berusia sembilan tahun dari kelas agama di sekolah namun saya tidak sangka arwah terlibat dalam kemalangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya