Cawangan KWSP Nilai beroperasi sementara di Giant Mall

Cawangan KWSP Nilai beroperasi sementara di Giant Mall

KWSP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa Cawangan KWSP Nilai akan beroperasi untuk sementara waktu di Giant Mall Nilai pada hari ini dan esok, 20 Oktober 2023, berikutan kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di atas bangunan cawangan.

Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang, dengan perkhidmatan kaunter penuh disediakan di dalam Giant Mall Nilai, serta sebuah unit Mobile KWSP di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.

Selain lokasi sementara di Giant Mall Nilai, ahli dan majikan juga boleh mengunjungi cawangan KWSP lain yang terdekat.

Penutupan sementara cawangan KWSP Nilai adalah berikutan arahan pengungsian bangunan daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) semalam berhubung kebimbangan struktur di atas bangunan cawangan itu.

Premis-premis perniagaan lain di kawasan sekitar turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk maklumat terkini, silahubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web myEPF www.kwsp.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya