KWSP catat pendapatan pelaburan RM83.32 bilion untuk sembilan bulan 2026

KWSP catat pendapatan pelaburan RM83.32 bilion untuk sembilan bulan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat 30 peratus kepada RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Bagi suku ketiga 2026, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan RM25.82 bilion, meningkat tiga peratus berbanding RM25.07 bilion pada suku sama tahun lalu.

Ekuiti menjadi penyumbang terbesar dengan pendapatan RM17.41 bilion, merangkumi 67 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan bagi suku berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat 30 September 2026, jumlah aset pelaburan KWSP mencecah RM1.55 trilion, dengan 38 peratus daripadanya dilaburkan di pasaran antarabangsa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini