EMPAT kru kapal kargo terbalik belum ditemukan  - Utusan Malaysia

EMPAT kru kapal kargo terbalik belum ditemukan 

HAMID Mohd. Amin  (kiri) melihat antara bot yang dirampas dalam Op Marfdor di jeti Pejabat Maritim Malaysia Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Empat lagi kru yang belum ditemukan dalam kejadian kapal kargo terbalik berdekatan Pulau Burung di Sebuyau, Sarawak, Rabu lalu, dipercayai terperangkap di dalam kapal tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya (M) Hamid Mohd. Amin berkata, sehingga kini hanya empat mangsa telah ditemukan, baru-baru ini. 

Menurut beliau, hasil penilaian awal pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak menolak kemungkinan empat lagi mangsa masih berada di dalam kapal yang terbalik itu.

“Empat mayat mangsa yang sudah dijumpai baru-baru ini telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dikenal pasti identiti mereka.

“Baki empat lagi kru dipercayai masih berada di dalam kapal dan ejen kapal kargo berkenaan akan turut serta dalam operasi, esok, bagi membuka struktur badan kapal berkenaan.

“Dalam masa sama, pasukan mencari dan menyelamat juga giat melakukan pencarian mangsa di sekeliling kapal sambil dibantu aset udara,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup Operasi Marfdof di Pejabat Maritim Malaysia Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Rabu lalu, lapan kru kapal berusia 20 sehingga 52 tahun hilang dengan tiga daripadanya warga tempatan iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Chuit.

Lima lagi mangsa merupakan warga asing dengan empat daripadanya warga Myanmar, That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun dan Tun Lin Oo serta seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.

Sabtu lalu, empat mangsa telah ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 15 batu nautika timur laut dari Pulau Burung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya