Polis hantar kertas siasatan kes perarakan Himpit ke PPN  - Utusan Malaysia

Polis hantar kertas siasatan kes perarakan Himpit ke PPN 

SEBAHAGIAN peserta yang membawa replika senjata pada perarakan sempena program Himpit 2023 di Setiu, Terengganu,  Jumaat lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah menghantar kertas siasatan kes perarakan peserta Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan lanjut

Menurut beliau, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) juga telah mengambil 36 keterangan daripada penganjur dan peserta yang terlibat.

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah dihantar dan dirujuk kepada Pejabat PPN Terengganu pada Rabu (semalam).

“Setakat ini juga sebanyak lima laporan polis diterima berhubung isu perarakan peserta program tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, program Himpit 2023 di Setiu, Jumaat lalu, menjadi tumpuan susulan penularan gambar perarakan peserta sambil membawa replika senjata berupa tombak, lembing dan perisai.

Barangan berkenaan antaranya replika diperbuat daripada kayu dan plastik polivinil polivinil klorida (PVC) kemudian dirampas pihak polis di daerah Marang pada Isnin lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya