KUALA LUMPUR: PSF Trading Sdn Bhd (PSF Trading) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan sijil halal milik mereka.
Dalam satu kenyataan PSF Trading yang memegang nombor pendaftaran syarikat 1154669-H), merupakan pemegang sah Sijil Pengesahan Halal (No. Sijil: MS1500 1 222-04/2019).
“Pihak syarikat baru-baru ini mendapati bahawa terdapat pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama syarikat serta pensijilan halal tersebut tanpa kebenaran daripada pihak kami.
“Tindakan ini telah mengelirukan pengguna dan mencabuli hak serta kepentingan sah syarikat kami.
“Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas bagi menghentikan penyalahgunaan tersebut.
“Sekiranya perlu, pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak yang terlibat, termasuk berdasarkan Seksyen468 Kanun Keseksaan dan Akta Perihal Dagangan 2011, serta mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan,” demikian menurut kenyataan itu.










