Siasatan FELDA, TH bukan kerana dendam

Siasatan FELDA, TH bukan kerana dendam

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Siasatan berkaitan isu tatakelola membabitkan beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Tabung Haji (TH) bukan bersifat iri hati dan dendam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu adalah tanggungjawab beliau bagu memastikan pemerintahan negara berjalan mengikut perundangan serta membebaskan negara daripada sebarang kecurangan.

“Jangan politikkan. Fikirkanlah, yang siasat bukan saya, ia adalah badan penguatkuasaan.

“Yang memutuskan untuk mendakwa itu juga adalah Peguam Negara, malah mereka ada pasukan yang meneliti setiap kes, manakala yang menghukum itu pula hakim,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Katanya, usaha menangani rasuah dan penyelewengan bukannya mudah dan tidak disambut semua.

“Jadi tugas saya dan rakan-rakan ialah memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan dan rasuah dihentikan, ia bukan momokan politik biasa.

“Ini kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat bawahan, jadi kita harus bantu dengan bersihkan negara ini dari segala kecurangan.

“Kalau tidak, tiap kali (ada pendakwaan) ada yang akan kata ini balas dendam, ini zalim, ini hasad, ini dengki,” katanya.
UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×