Bubbles O2 penaja baharu Liga Malaysia

Bubbles O2 penaja baharu Liga Malaysia

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan BubbleO2 Sdn Bhd, Ain Azizah Arifin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam (kanan).-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BubblesO2 Sdn Bhd sah menjadi rakan penaja baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas menandatangani kontrak perjanjian selama setahun dan dijangka kerjasama itu berterusan untuk tahun akan datang.

Dengan kehadiran BubblesO2 dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat korporat mula membuka mata bahawa bantuan mereka adalah sangat penting dalam membangunkan sukan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif BubblesO2 Sdn Bhd, Ain Azizah Arifin percaya pembabitan BubblesO2 mampu menyumbang sesuatu kepada kelab-kelab Liga M sepertimana yang pernah dilakukan ketika menjadi penaja kepada beberapa sukan lain sebelum ini.

Jelasnya, semua 14 pasukan yang akan bertanding di Liga Super akan dibekalkan air mineral BubblesO2 sekali gus memberi manfaat kepada pemain-pemain.

“Ini kerana kita tahu dengan perlawanan yang semakin bertambah musim ini, sudah tentu tahap kecergasan pemain menjadi keutamaan dan kami di BubblesO2 hadir sebagai salah satu fungsi air mineral yang berkualiti untuk membantu mereka sepanjang musim ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran BubblesO2 dalam arena bola sepak tempatan akan dapat membantu pasukan terutamanya pemain yang mementingkan penghidratan sepanjang masa.

Produk BubblesO2 amat bersesuaian dengan sukan bola sepak di mana kelebihan dan khasiat yang ada pada air minuman BubblesO2 bakal membantu aksi pemain di atas padang.

“Justeru saya percaya kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak di mana dengan liputan meluas Liga Malaysia di negara ini bakal mengukuhkan lagi jenama BubblesO2,” jelasnya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.