Malaysia ada peluang cipta kejutan

Malaysia ada peluang cipta kejutan

GELANGGANG yang bakal menjadi pertarungan Kumpulan C antara Malaysia menentang Belanda pada Piala Dunia Hoki di India.-UTUSAN/ FARIZ RUSODIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Tiada yang mustahil untuk Malaysia melakar kejutan terbesar dengan mencipta kemenangan ke atas gergasi No.3 dunia, Belanda menjelang aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda hari ini.

Atas kertas kemenangan sememangnya dilihat lebih memihak kepada The Oranje yang baru tewas sekali sepanjang 15 pertemuan dengan skuad hoki negara sejak kali pertama bertemu pada Sukan Olimpik 1964.

Juara dunia tiga kali itu, tewas 1-2 kepada Malaysia di peringkat kumpulan sewaktu edisi Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur yang menyaksikan skuad negara meraih tempat keempat.

Sejak itu, Belanda yang pernah menjuarai Sukan Olimpik 1996 dan 2000 tidak pernah kalah kepada Malaysia, malah turut merekodkan kemenangan besar lebih daripada enam gol dalam tiga pertemuan terakhir.

Bagaimanapun, pengendali skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj berpendapat anak-anak buahnya tetap mempunyai peluang melihat kepada kejayaan Arab Saudi menumbangkan Argentina 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022.

“Perlawanan pertama sangat penting dan selalunya sesuatu akan berlaku (elemen kejutan). Walaupun Belanda pasukan ketiga terbaik dunia tetapi ia bukan mudah (buat mereka).

“Bola sepak pun baru-baru ini kita dapat tengok (Argentina kalah kepada Arab Saudi), jadi kita juga ada peluang apabila berdepan dengan mereka.

“Kita keluar bermain dengan persembahan dan taktikal disiplin yang tinggi untuk kita capai kejayaan. Persembahan yang bagus amat penting untuk kita bawa ke dua perlawanan seterusnya,” kata Arul.

Justeru, Arul berharap para pemainnya terutama jentera serangan bakal diketuai Faizal Saari menggunakan peluang sebaiknya dengan cuba mendapatkan banyak pukulan sudut penalti terhadap Belanda.

“Saya tekankan tiga elemen iaitu pergekaran bola, pertahanan kena lebih agresif dan tenang, manakala bahagian serangan perlu cuba bawa bola ke arah penjaga gol untuk dapatkan pukulan sudut penalti,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya