Ronaldo 50-50 diturunkan jumpa Korea Selatan

Ronaldo 50-50 diturunkan jumpa Korea Selatan

CRISTIANO Ronaldo menyertai sesi latihan sebelah malam, namun tidak melakukan latihan keras dan belum pasti diturunkan menentang Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos berkata, Cristiano Ronaldo belum pasti dapat diturunkan menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H, Piala Dunia 2022 esok.

Kapten Portugal itu terlepas sesi latihan sebelah petang dan kekal berada di gimnasium, tetapi hadir pada sesi malam, namun tidak melakukan latihan keras.

“Saya fikir ia adalah 50-50, sama ada dia bermain atau tidak, kita akan lihat.

“Ia bergantung kepada sama ada dan bagaimana dia berlatih hari ini, jika kita lihat dia berada dalam keadaan baik… ada rancangan jika dia tidak ada,” kata Santos dalam sidang akhbar hari ini.

Selepas menang menentang Ghana dan Uruguay, Portugal mengesahkan tiket ke pusingan 16 akhir dengan menduduki tangga teratas Kumpulan H.

Mereka hanya memerlukan seri untuk mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan, namun Korea dijangka tidak memberi laluan mudah kerana pasukan itu masih berusaha untuk melayakkan diri.

Santos juga mengesahkan tonggak pertahanan, Nuno Mendes akan terlepas baki Piala Dunia selepas meninggalkan padang dalam keadaan menangis ketika menentang Uruguay akibat kecederaan paha.

 

NUNO Mendes menangis ketika meninggalkan padang dalam pertemuan dengan Uruguay.

“Malangnya dia diketepikan tetapi atas kehendaknya dia akan kekal bersama kami. Ia adalah keinginannya, kelabnya bersetuju, dan dia akan memulakan pemulihannya di sini.

“Keinginan besarnya untuk kekal bersama kami mencerminkan keadaan minda seluruh skuad,” katanya.

Dengan Mendes, Otavio dan Danilo cedera, Santos berkata dia menjangkakan untuk menggilirkan sebahagian daripada skuadnya dengan tujuan untuk memastikan beberapa pemain segar untuk permainan mereka pada pusingan 16.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap semua pemain saya, saya sudah kehilangan tiga pemain, mari kita lihat tentang yang lain.

“Bermain setiap empat hari adalah sukar, pemain menjadi letih dan mengalami keletihan. Keletihan membawa kepada tekanan dan tekanan membawa kepada kecederaan.

“Memenangi dan menduduki tempat teratas dalam kumpulan kami adalah penting kerana kami akan mempunyai satu hari tambahan untuk memulihkan pemain dengan cara yang terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.