Peluang Maghribi, Croatia ubati duka di Piala Dunia

Peluang Maghribi, Croatia ubati duka di Piala Dunia

MAGHRIBI sedia menjadikan Croatia mangsa mereka seterusnya dalam usaha mencapai penamat terindah di Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL-RAYYAN, Qatar: Selepas mara ke final Piala Dunia 2018, Croatia sekali lagi meninggalkan impak pada edisi kali ini, namun ada satu lagi pasukan bukan pilihan yang lebih signifikan iaitu Maghribi yang mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan Belgium, Sepanyol dan Portugal untuk mara ke separuh akhir.

Namun, impian Maghribi yang dikendalikan Walid Regragui ke final dileburkan Perancis yang memecah benteng kebal wakil Afrika itu dengan dua gol, namun kekecewaan itu masih boleh ditebus apabila berpeluang meraih satu lagi pencapaian berdepan Croatia bagi penentuan tempat ketiga pada pukul 11 malam ini.

Seperti Maghribi, impian Croatia ke final buat kali kedua berturut-turut dimusnahkan Argentina dengan Lionel Messi mencetak satu gol dan mencipta satu bantuan gol untuk meraih kemenangan 3-0.

Berdasarkan sejarah, penentuan tempat ketiga kadangkala menampikan aksi yang menarik seperti kemenangan 3-2 Jerman ke atas Uruguay pada 2010 dan Belanda membelasah Brazil 3-0 pada 2014 hanya selepas Brazil dimalukan Jerman 7-1 pada aksi separuh akhir.

Dengan tiada apa lagi yang perlu ‘disimpan’, kedua-dua pasukan sering memberikan peluang kepada pemain simpanan dan pendekatan sama mungkin dilakukan bagi aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Pengendali Croatia, Zlatko Dalic mungkin berpaling pada bangku simpanan kerana mereka ada pemain muda berbakat seperti Luka Sucic dan Lovro Majer selain pemain yang mungkin membarisi kesebelasan utama seperti Bruno Petkovic dan Mislav Orsic.

Maghribi mungkin tidak mahu mengambil risiko menurunkan pemain kurang cergas iaitu Romain sekali gus Badr Benoun mungkin menggantikan Saiss ataupun Regragui mengubah formasi kepada empat pertahanan.

Dengan aksi di Qatar bakal menjadi aksi terakhir buat Luka Modric, Croatia pasti mahu menghadiahkan kemenangan terakhir buat Modric yang jelas menjadi nadi mereka pada kempen kali ini sebelum menggantung but di arena antarabangsa.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya