MAIS agih bantuan fidyah RM3.37 juta - Utusan Malaysia

MAIS agih bantuan fidyah RM3.37 juta

PEGAWAI MAIS (kanan) menyerahkan bantuan fidyah kepada penerima di sekitar Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 20,931 penerima menerima bantuan fidyah terdiri daripada barangan makanan asas daripada Majlis Agama Islam Selangor berjumlah RM3.37 juta bermula Januari hingga November tahun ini.

Timbalan Setiausaha MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin berkata, penerima itu terdiri daripada fakir miskin atau miskin sementara yang memenuhi syarat ditetapkan.

“Pemohon hanya berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500 atau fakir miskin yang berdaftar di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Selain itu, ia melibatkan mereka yang dibuang kerja atau berdepan pengurangan gaji sehingga 50 peratus dan golongan ditimpa musibah atau bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejumlah RM1.54 juta diagihkan kepada 14,333 penerima menerusi bantuan makanan asas mengandungi beras, susu, gula, tepung dan minyak masak.

“Sebanyak RM1,83 juta pula merupakan sumbangan tunai RM100 ke RM300 kepada 6,598 penerima yang layak. 

“Agihan fidyah it dilaksanakan Unit Agihan Fidyah MAIS dengan kerjasama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dab Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK),” ujarnya.

Tambah Nurhani Salwa, sumbangan itu diharap membantu mengurangkan beban kehidupan ditanggung setiap keluarga penerima.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my. atau terus secara atas talian menerusi link http:fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya