fbpx

Korea Selatan mara ke pusingan 16 terbaik

Korea Selatan meraikan kejayaan menewaskan Portugal, 2-1 sekaligus memastikan kemaraan di pusingan 16 terbaik.

DOHA : Korea Selatan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia sebagai naib juara Kumpulan H selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Portugal 2-1 di Stadium Education City, sebentar tadi.

Portugal, yang sudah mengesahkan tempat di pusingan 16 terakhir, hanya memerlukan keputusan seri untuk bergelar juara kumpulan namun tewas dan keputusan itu bagaimanapun tidak mengugat kedudukan selaku juara kumpulan.

Ini merupakan kemenangan kedua Korea Selatan ke atas Portugal di Piala Dunia sejak melakukannya pada edisi 2002 dan kejayaan tersebut turut menafikan impian bekas juara Eropah itu merakamkan kemenangan bersih di peringkat kumpulan seperti dilakukan semasa penganjuran 1966 dan 2006.

Terdahulu, Korea Selatan yang memerlukan tiga mata untuk layak makin tertekan apabila Portugal berjaya membuka jaringan seawal minit ke-5 menerusi Ricardo Horta.

Bagaimanapun, Kim Young-gwon berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 untuk memastikan perlawanan kembali seimbang.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat tempoh permainan sebenar dan Korea Selatan yang di ambang penyingkiran, tidak berputus asa untuk mencari kemenangan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN