Gading Solar dinobat syarikat penyedia solar PV terbaik

Gading Solar dinobat syarikat penyedia solar PV terbaik

solar
Guntor Tobeng (tiga dari kiri) menerima anugerah penyedia khidmat solar PV terbaik daripada Noh Omar di Kuala Lumpur malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gading Solar Sdn. Bhd.  (Gading Solar) telah dinobatkan sebagai syarikat penyedia perkhidmatan sistem solar fotovoltaik (PV) terbaik oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dan Persatuan Literasi Dalam Kewangan Malaysia (MyLife).

Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar sempena majlis makan malam gala dan anugerah bagi mengutip dana untuk Yaysan Kaseh Kanser.

Pengarah Urusan Gading Solar, Datuk Ir. Guntor Tobeng telah menerima anugerah itu bagi pihak syarikat.

Gading Solar adalah sebuah syarikat bumiputera yang bergiat aktif dalam industri tenaga solar di negara ini ditubuhkan pada 2003 yang menyediakan penyelesaian untuk tenaga boleh baharu (TBB) melalui Solar PV.

Dengan matlamat menyokong usaha memulihara kelestarian alam sekitar, Gading Solar meletakkan sasaran setiap orang mampu memiliki tenaga bersih.

Selain mengendalikan ladang solar utama di Perak dan Melaka serta solar PV bagi kegunaan domestik, syarikat ini juga mempunyai pelanggan di Nigeria, Australia dan Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya