Proses rakam keterangan lima pegawai Mara masih berjalan

Proses rakam keterangan lima pegawai Mara masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses mengambil keterangan lima pegawai kanan yang didakwa terlibat dalam isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) masih berjalan ketika ini.

Kesemua mereka hadir merakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 3 tadi.

Satu sumber memberitahu, kesemua mereka akan diambil keterangan secara serentak.

“Keterangan mereka masih diambil setakat ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu. 

Isu salah guna kuasa atau salah urus tadbir dalam agensi kerajaan itu mula tular apabila dokumen dalaman anak syarikatnya didedahkan dalam media sosial berhubung wujudnya isu integriti beberapa pegawai.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun menafikan wujudnya salah guna kuasa atau salah urus tadbir susulan dalam agensi milik kerajaan itu.

Ketika mengulas isu tersebut Azizah berkata, pihaknya memandang serius terhadap kejadian penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam yang menimbulkan persepsi negatif terhadap pihaknya dan anak syarikat berkaitan.

“Mara telah memulakan siasatan lanjut di Mara Corp. bagi meneliti dokumen-dokumen berkaitan untuk memastikan pengurusan syarikat sentiasa berlandaskan tadbir urus yang baik.

“Keseluruhan anak syarikatnya dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016. Justeru, Mara sentiasa mengutamakan amalan integriti dalam organisasi berteraskan nilai integriti yang tinggi.

“Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, Mara sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya