Program imunisasi kanak-kanak bermula hari ini, 517,107 mendaftar - Utusan Malaysia

Program imunisasi kanak-kanak bermula hari ini, 517,107 mendaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) bermula hari ini dan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang didaftarkan oleh ibu bapa mereka secara sukarela.

Menerusi sidang akhbar Majlis Pelancaran PICK Kids, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, vaksin jenis Comirnaty oleh Pfizer akan diberikan kepada kanak-kanak dengan isipadu satu per tiga daripada dos golongan dewasa.

“Sambutan PICK Kids adalah agak baik daripada ibu bapa. Sebanyak 15 peratus daripada kanak-kanak usia lima hingga 11 tahun telahpun didaftarkan.

“Saya percaya jumlah ini akan meningkat apabila kita mula berikan vaksin di peringkat sekolah. Kita juga akan menggunakan sekolah di negeri-negeri lain seperti program vaksinasi sebelum ini. 

“Namun saya mahu sebutkan bahawa ini adalah program sukarela. Tiada apa-apa syarat wajib yang kita tetapkan kepada ibu bapa. Kita ingin membina keyakinan ibu bapa supaya mereka tampil mendaftarkan anak-anak untuk menerima vaksin jenis Pfizer yang telah diluluskan,” katanya di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur di sini.

Setakat ini, sebanyak 15 peratus iaitu seramai 517,107 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah mendaftar untuk menyertai PICK Kids.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk. Dr. Noor Azmi Ghazali yang juga merupakan Pengerusi Pasukan Bertindak Khas PICKids menyasarkan hingga 70 peratus kanak-kanak divaksin sekurang-kurangnya satu dos hingga hujung bulan Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.