Yayasan Guru Malaysia Berhad prihatin nasib mangsa banjir

YGMB prihatin nasib mangsa banjir

PENGARAH Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad (empat dari kanan) dan Wan Munadi Wan Mamat (tiga dari kanan) bersama penerima Sumbangan Khas Bencana Banjir di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) tampil meringankan beban ahli-ahlinya yang terlibat musibah bencana banjir pada baru-baru ini apabila mereka terkesan layak menerima manfaat bencana sehingga RM500.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, warga pendidik yang merupakan ahli YGMB berhadapan bencana seperti rumah dinaiki air, dipukul ribut atau tanah runtuh layak mendapat salah satu manfaat disediakan pihaknya.

Katanya, ahli-ahli terkesan diminta segera untuk membuat permohonan agar manfaat itu dapat diagihkan dengan secepat mungkin bagi meringankan beban ditanggung masing-masing.

“Musim tengkujuh kali ini luar biasa. Jadi, mana-mana warga pendidik kalangan ahli yang belum pernah menerima manfaat kategori bencana boleh menghubungi pihak kami supaya sumbangan dapat disalurkan seberapa segera.

“Untuk kejadian banjir baru-baru ini, kita sedang menerima permohonan dan memprosesnya agar manfaat ini dapat diagihkan kepada warga pendidik yang merupakan ahli-ahli YGMB,” katanya.

Sebanyak lapan negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir melanda pada bulan lalu.

Dalam pada itu, Wan Munadi berkata, sebagai prihatin dengan nasib guru terkesan dengan musibah banjir, pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bekerjasama melaksanakan Misi Kemanusian Perdana Bantuan Bencana Banjir di Temerloh dan Bentong, Pahang yang berlangsung selama tiga hari mulai Rabu lalu.

Katanya, seramai 250 warga terlibat membantu membersihkan kediaman lima guru menjadi mangsa banjir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong yang juga terkesan di negeri itu pada baru-baru ini.

“Selain membersihkan kediaman, kita juga mengagihkan bantuan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) YGMB untuk diagihkan kepada guru terkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya