Kluster pendidikan baharu dikesan di Kulim

Kluster pendidikan baharu dikesan di Kulim

SERAMAI 37 pelajar disahkan positif Covid-19 di SMK Kulim hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Satu lagi kluster pendidikan baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Dah Sungai Balak di daerah Kulim dekat sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kluster baharu melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim.

Beliau berkata, seramai 37 pelajar sekolah tersebut telah disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster pendidikan di negeri ini sebanyak 10 kluster berbanding sembilan kluster pada Khamis lalu. Selain itu terdapat 19 lagi kes positif dikesan dari kluster pendidikan yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kluster pendidikan pertama dikesan adalah pada 11 Januari iaitu Kluster Dah Che Bema di Kompleks Al-Hidayah, Desa Keda di sini sebelum diikuti dengan sembilan lagi kluster lain sehingga hari ini.

Katanya, kluster pendidikan kedua dikesan pada 17 Januari iaitu Kluster Dah Jalan Merbau diikuti dengan Kluster Dah Penyarum, Kluster Dah Teluk Teduri, Kluster Dah Jalan Pantai, Kluster Dah Padang Halban, Kluster Dah Sungai Kob dan Kluster Dah Sungai Limau.

“Majoriti yang positif adalah pelajar dan semua sekolah ini sudah diarah tutup selama seminggu dan ada yang lebih bergantung kepada hasil penilaian risiko di lokasi berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai termasuk warga institusi pendidikan agar terus patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya