Bila sudah tahu berenang, itik tempang mahu tinggalkan Pas - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Bila sudah tahu berenang, itik tempang mahu tinggalkan Pas – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Tan Sri Abdul Hadi Awang kesal dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang seolah-olah lupa diri walaupun Pas bertungkus-lumus menyelamatkan parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Pas itu menyifatkan tindakan UMNO sebagai tidak bermoral kerana mereka bersama-sama terlibat dalam gagasan Muafakat Nasional (MN).

“Pas bukan mahu mengajar itik berenang, kita cuma nak selamatkan itik yang patah kaki dalam PRU-14.

“Tetapi, malangnya apabila kaki sudah sembuh, itik itu mahu berenang sendiri dan tinggalkan kita. Benda ini tidak bermoral,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengulangi pendirian yang Pas akan terus mengukuhkan MN dan memperkasa Perikatan Nasional (PN) sebagai agenda utama parti.

Katanya, konsep perpaduan ummah dalam MN yang ditandatangani Pas-UMNO pada 2019 dengan jelas menyatakan jemputan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama menyertai gagasan berkenaan.

“Pas ada bukti (piagam), kerana perjuangan kita untuk menyatukan ummah, bukan sahaja orang Melayu malah, masyarakat majmuk. Maka perpaduan kita bukan hanya Pas-UMNO, tetapi mestilah melibatkan Bersatu,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya