Azam ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Twitter 'Lalitha Kunaratnam' - Utusan Malaysia

Azam ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Twitter ‘Lalitha Kunaratnam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pelayar di laman sosial Twitter kerana mencemarkan reputasinya, keluarga dan agensi itu.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Azam berkata, beliau telah mengemukakan surat tuntutan kepada seorang wanita dikenali Lalitha Kunaratnam kerana memfitnah untuk melindungi kedudukan baik dan reputasi profesional saya.

Jelas beliau, tindakan itu dibuat selepas menerima nasihat peguamnya.

“Saya mengulangi bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan atau membuat dakwaan palsu dan berniat jahat yang serupa terhadap saya atau ahli keluarga saya.

“Saya memandang serius pelbagai tuduhan palsu dan berniat jahat yang dibuat terhadap saya secara peribadi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Lalitha menerusi akaun twitternya memaklumkan telah menerima surat daripada Azam.

Menerusi surat berkenaan bertarikh 6 Januari itu, dikemukan Azam menerusi firma guaman Zain Megat dan Murat.

Semalam, Azam menerusi sidang akhbar khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya memaklumkan terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda yang tidak baik terhadap SPRM.

Pihak berkenaan mengambil kesempatan untuk terus menghakis kepercayaan masyarakat ke atas agensi itu dengan menjadikannya sasaran serangan bertubi-tubi.

Setelah mendapatkan nasihat peguam, Azam membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Azam berkata, mereka yang terlibat sudah dikenal pasti dan mendakwa mereka digunakan pihak tertentu untuk memberi tekanan ke atas SPRM.

Sementara itu, Lalitha menerusi akaun twitternya memaklumkan telah menerima surat daripada Azam.

Menerusi surat berkenaan bertarikh 6 Januari itu, dikemukan Azam menerusi firma guaman Zain Megat dan Murat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya