Adik Ainul Nuraisyah terima mesin bantuan pernafasan - Utusan Malaysia

Adik Ainul Nuraisyah terima mesin bantuan pernafasan

MEGAT Zulkarnain Omardin bersama Ainul Nuraisyah Affendi yang menerima mesin bantuan pernafasan daripada YBR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lebih 10 tahun menghidap penyakit paru-paru kronik, Ainul Nuraisyah Affendi, 11, menerima sumbangan mesin bantuan pernafasan bagi meringankan beban kanak-kanak itu dan keluarganya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa Ainul Nuraishah, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan sumbangan mesin bantuan pernafasan itu untuk membantunya meneruskan kehidupan.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, YBR terpanggil membantu Ainul Nuraishah selepas menerima permohonan bantuan daripada ibunya, Malafarizan Mohamad, 38.

“Dengan pemberian bantuan alat pernafasan yang bernilai RM4,200 ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan yang kini ditanggung oleh keluarga adik Ainul Nuraishah,” katanya ketika ditemui di rumah kanak-kanak itu di Bandar Mahkota Cheras, Cheras, dekat sini.

Penyakit Ainul Nuraisyah boleh membahayakan nyawanya jika lewat dirawat dan dia mudah dijangkiti kuman serta penyakit lain.

Ainul Nuraisyah menghidap penyakit Bronkiolitis Obliterans itu sejak berusia satu tahun menyebabkannya tidak dapat menikmati kehidupan sama seperti rakan sebaya lain dan tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

Bapa kepada Ainul Nuraishah yang merupakan seorang askar dan ibunya bekerja sendiri, turut terkesan dengan kekangan perbelanjaan serta kekurangan pendapatan disebabkan impak dari pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

Sementara itu, YBR memaklumkan telah memperuntukkan sebanyak hampir RM300,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya