“Ini baru aktor hebat, tak perlu juta-juta pengikut” - Ogy Ahmad Daud - Utusan Malaysia

“Ini baru aktor hebat, tak perlu juta-juta pengikut” – Ogy Ahmad Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berkaliber, Ogy Ahmad Daud, 59, menzahirkan rasa hormat terhadap pelakon Korea Selatan, Oh Young-Soo di atas pencapaian menerusi Anugerah Golden Globe 2022.

Menurut Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud, kredibiliti Young-Soo sebagai seorang pelakon cukup mengagumkan.

“Ini baru aktor hebat. Terus menang Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Golden Globe 2022. Tak perlu juta-juta followers (pengikut).

“Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood menganugerahkan Oh Young-Soo, Pelakon Drama Bersiri Squid Game, Pelakon Pembantu Terbaik.

“Tak ada pun dia terima panggilan ‘otai’ tapi dia dihormati sebagai aktor senior yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” katanya.

Menjengah di ruangan perkongsian pelakon dramatis itu, majoriti pengikutnya melayangkan komen senada dengan apa yang dicoret oleh Ogy.

Dalam pada masa sama, Ogy turut membalas komen berhubung komen pertanyaan seorang pengguna berkenaan penyanyi yang terjun ke bidang lakonan tanpa mempunyai bakat tetapi diambil disebabkan mempunyai jumlah pengikut yang banyak.

“Salah mereka yang tamak dengan wang ringgit sehingga menjahanamkan seni. Mereka mengutamakan penaja daripada seni itu sendiri.

“Mereka tidak melihat seni melalui mata hati. Maka itu mereka tidak nampak seni, Anugerah Allah ini bukan anugerah yang harus di pandang remeh.

“Sama juga dengan kehidupan kita ini. Anugerah Allah bukan? Mana boleh jadikan kehidupan ini sesuatu yang remeh dan adal boleh. Kena jawabkan nanti di sana?,” balas Ogy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya