AMSTERDAM: Belanda mengalihkan sebuah kapal frigat ke arah Selat Hormuz, bagi membolehkannya menyertai kemungkinan misi antarabangsa di perairan tersebut.
Frigat pertahanan udara itu kini berada di rantau Indo-Pasifik dan dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk tiba di kawasan Selat Hormuz, kata Menteri Pertahanan, Dilan Yesilgoz dalam satu surat kepada Parlimen.
Penghantaran minyak melalui selat itu dilaporkan meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) dan Iran menandatangani perjanjian gencatan senjata minggu ini, walaupun terdapat kebimbangan keselamatan dalam kalangan industri perkapalan dan insurans yang menggesa penempatan segera kapal pembersihan periuk api di laluan air tersebut.
Perancis dan Britain mendesak rancangan untuk misi tentera laut multinasional, namun diplomat berkata Iran memberi isyarat penentangan keras terhadap sebarang kehadiran tentera asing di laluan perairan itu.
Sementara itu, Jerman pada Khamis berkata ia mengerahkan dua kapal ke Laut Merah sebagai persediaan bagi kemungkinan penyertaan dalam misi ketenteraan di selat berkenaan.- AGENSI










