Serangan terhadap Sabah diputar belit-Hazani - Utusan Malaysia

Serangan terhadap Sabah diputar belit-Hazani

HAZANI Ghazali (kiri) dan Hajiji (tiga kiri) menyaksikan serah terima tugas antara Ahmad Fuad (dua kiri) dan Hamzah Ahmad (dua kanan) di Menara Kinabalu hari ini.-IHSAN Jabatan Ketua Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perjumpaan datuk-datuk bandar di selatan Filipina tidak ada kena mengena dengan cubaan untuk menyerang Sabah seperti dilaporkan akhbar luar negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, berdasarkan maklumat diterima memang ada perjumpaan dilakukan namun, ia untuk memperkukuhkan keselamatan di Filipina dan bukannya untuk menyerang Sabah.

“Perkara ini sengaja diputar belit oleh sesetengah pihak yang cemburu dengan keadaan keselamatan di Sabah.

“Perbincangan itu sebenarnya dibuat untuk memperkukuhkan lagi sistem pertahanan mereka (Filipina) daripada sebarang ancaman seperti pengganas, perompak dan elemen jenayah lain.

“Tiada kena mengena dengan cubaan untuk menyerang Sabah atau sebagainya,” katanya selepas Majlis Penyematan dan Serah Terima Tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman yang bersara wajib pada esok (11 Disember) akan digantikan Deputi Komisioner Hamzah Ahmad.

Hazani berkata, perbincangan yang diadakan itu juga memfokuskan kepada pembangunan di kawasan Filipina iaitu bagi menjemput pelabur asing untuk masuk ke negara tersebut.

Mengulas lanjut katanya, pihak keselamatan di negara ini akan sentiasa bersiap siaga bagi mengawal keselamatan di sempadan negara demi mempertahankan kedaulatan negara.

Semalam, sebuah akhbar tempatan memetik sumber akhbar luar negara daripada Hong Kong, China yang menyatakan 600 anggota puak pemisah dari selatan negara jiran akan menyerang Sabah.

Akhbar tersebut melaporkan perkara itu dirancang setelah beberapa siri pertemuan yang dihadiri 19 datuk bandar yang diadakan di Filipina.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya