KUALA LUMPUR: Susulan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tidak pernah hadir ke sidang Dewan Negara, perkara itu ditegur Speaker, Tan Sri Dr. Rais Yatim.
Teguran itu dibuat ketika Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin bangun untuk menjawab soalan lisan.
“Nak komen sikit sahaja.
“Yang Berhormat menteri tidak pernah datang ke Dewan, sampaikan salam,” sindir Rais dan disambut dengan gelak kecil Senator lain.
-
Anggota polis rogol isteri tahanan sehingga hamil
-
‘Di asrama ramai anak iblis, mereka ikat kemaluan aku kat kipas’
-
Kisah benar mangsa buli di asrama
Jonathan sebagai respons dalam nada yang lebih serius menjawab: “Saya akan sampaikan pesan itu Tan Sri”.
Beliau kemudiannya meneruskan untuk menjawab soalan lisan tersebut.
Jonathan ketika itu diminta menjawab soalan berkait penakrafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Arifin.