PETALING JAYA: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi topik paling sohor dibincangkan warga Twitter susulan rakaman video kejadian buli melibatkan pelajar sekolah yang tular dalam media sosial hari ini.
Video berdurasi 10 saat merakamkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama yang dipercayai berlaku di sebuah MRSM di Kuala Kangsar.
- Wajah ‘gengster’ buli pelajar tular
- Pelajar ditumbuk di perut: Tidak libatkan institusi Kementerian Pendidikan
- Pelajar ditumbuk di perut: ‘Apakah yang sebenarnya berlaku?’
- Pelaku buli merayu, harap ibu bapa mangsa tak buat laporan polis
Video tersebut tular dalam laman Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 dan lebih 30,000 perkongsian.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @Ekax difahamkan mendapat kiriman mesej daripada guru dan pelajar sekolah tersebut.
Seorang guru yang enggan dikenali mengesahkan kejadian buli berlaku di MRSM tersebut.
Guru tersebut menyarankan agar laporan polis dibuat kerana besar kemungkinan keluarga pelajar yang dibuli itu akan ‘dibawa berbincang’.