'Kami telefon agensi kerajaan mohon bantuan tapi tiada tindakan' - Utusan Malaysia

‘Kami telefon agensi kerajaan mohon bantuan tapi tiada tindakan’

Tangkap layar video memaparkan seorang wanita meluahkan perasaan kepada Noh Omar berhubung kejadian banjir. - MEDIA SOSIAL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita mangsa banjir meluahkan perasaan kecewanya berhubung tindak balas agensi kerajaan dalam melaksanakan operasi menyelamat ketika hari kejadian, Jumaat lalu.

Menerusi satu rakaman video yang tular dalam media sosial, wanita tersebut meluahkan perasaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika sesi lawatannya di kawasan terjejas.

Menurut wanita berkenaan, dia cuba menghubungi  banyak agensi  menyelamat bermula tengah malam pada hari kejadian, namun hampa.

“Kami tersangkut pada hari kejadian dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4.30 pagi.  Kami telefon semua agensi kerajaan mohon bantuan tapi tiada tindakan diambil ketika kejadian,” jelasnya.

– UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.