Jangan teruskan rancangan import barangan keperluan - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Jangan teruskan rancangan import barangan keperluan – Dr. Mahathir

MAHATHIR Mohamad bersama isterinya ketika hadir pada majlis pelancaran buku hasil nukilan dari Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali bertajuk 'Speaking Of Mass Destruction A Journey To Iraq as Seen' di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan kerajaan supaya tidak meneruskan rancangan untuk mengimport lebih banyak barangan keperluan ke negara ini.

Menurutnya, kerajaan sebaliknya perlu memikirkan kaedah untuk mengurangkan peningkatan kos harga barangan dalam negara.

“Harga barang naik ada sebabnya tapi apabila kita ada satu kerajaan yang tidak ada idea sama sekali, maka sebab itulah ada kenaikan harga.

“Kita tidak perlu import banyak sayur-sayuran, tidak payah dan kita terpaksa jaga keadaan dalam negeri supaya kos tidak meningkat,” katanya selepas program pelancaran buku ‘Speaking of Mass Destruction…Perjalanan Ke Iraq, nukilan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di sini hari ini.

Katanya, beliau melihat tindakan kerajaan membazirkan wang untuk perkara lain seperti seolah-olah tidak memahami kesusahan dan beban ditanggung rakyat ketika ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan tempatan sekali gus membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga rendah.

Difahamkan, kerajaan akan membawa masuk 200 kontena bekalan ayam sejuk beku yang dijangka tiba berada di pasaran selewat-lewatnya minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN