Pak Wan nafi keluar Bersatu - Utusan Malaysia

Pak Wan nafi keluar Bersatu

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusoff menafikan bahawa beliau akan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Bersatu itu, beliau tidak terlintas sama sekali untuk keluar parti seperti desas-desus oleh sesetengah pihak.

Malah katanya, beliau terbuka menerima keputusan parti dan tidak berkecil hati selepas tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Orang tanya kedudukan Ahli Parlimen Alor Gajah, saya nak nafikan orang kata saya tidak berada dalam parti atau ura-ura saya nak keluar parti.

“Jadi tidak benar saya hendak keluar parti, saya masih atas landasan sama,” katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan Ahli Parlimen Alor Gajah hari ini.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Mohd. Redzuan akan keluar Bersatu dan menyertai parti lain.

Dalam pada itu, Mohd. Redzuan berkata, beliau akan membantu calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam PRN Melaka di dalam kawasan Parlimen Alor Gajah.

Katanya, calon-calon PN dilihat potensi untuk menang kerusi ditandingi kerana punyai integriti dan kebolehan mereka dan parti disertai mereka.

“Saya lihat mereka boleh menang besar dalam PRN ini. Tetapi untuk bentuk kerajaan negeri saya sukar untuk jangkakan, namun ada peluang untuk menang banyak,” jelasnya.

Kata beliau, Bersatu harus bekerjasama untuk memenangkan kerusi yang ditandingi oleh parti itu.

“Kita orang yang berparti kita kena akur dengan keputusan itu kalau dinampakkan ketua pimpinan negeri Melaka hari ini boleh menguruskan dan memberikan kemenangan di Melaka, itu adalah keputusan tertinggi,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×