Hidangan siakap lebih RM1,000: Pelanggan yang pilih ikan saiz besar, kata peniaga - Utusan Malaysia

Hidangan siakap lebih RM1,000: Pelanggan yang pilih ikan saiz besar, kata peniaga

PELANGGAN menunjukkan resit yang mendakwa harga seekor ikan siakap RM1,196 di sebuah restoran di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan siakap bernilai lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini, menyatakan pelanggan tersebut yang memilih ikan itu walaupun telah diberitahu saiznya adalah sangat besar.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, dia sendiri yang mengambil pesanan daripada pelanggan tersebut.

“Saya sudah menerangkan kepada pelanggan bahawa ikan tersebut biasanya tidak dijual, tetapi dibela sebagai salah satu pertunjukan di situ.

“Saya telah mencadangkan pelanggan tersebut untuk mengambil ikan lain seperti siakap merah dan kerapu yang saiznya sekitar satu hingga 1.5 kilogram (kg) yang lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, dia telah meminta pelanggan tersebut melihat sendiri ikan itu sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Tambahnya, harga bagi ikan siakap tersebut juga sudah dinyatakan di dalam menu, sebanyak RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Norasyikin turut menafikan dia ada mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan tersebut.

Katanya, pesanan pelanggan tersebut mempunyai dua helai resit masing-masing berjumlah sebanyak RM1759.50 dan RM93, namun pelanggan tersebut hanya memuat naik resit yang lebih tinggi nilainya.

Hari ini tular di media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kg. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya