Polis tahan bekas pesakit mental pecah 12 cermin kereta

Bekas pesakit mental pecahkan cermin 12 buah kereta

SEORANG lelaki sakit mental bertindak memecahkan cermin 12 kereta dekat Jalan Sultan Abdul Samad, Banting di Kuala Langat, Selangor sebelum ditahan polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki bekas sakit mental ditahan polis selepas bertindak memecahkan cermin 12 buah kereta di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, di sini semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu bertindak demikian menggunakan sebatang besi berukuran empat kaki dan dikesan seorang pemilik kereta yang menjadi mangsa ketika meletakkan kenderaannya di tempat parkir di hadapan sebuah bank kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas menerima makluman daripada orang awam dan menahan suspek serta merampas besi berwarna biru yang digunakan.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai mengalami tekanan emosi dan semakan awal suspek pernah dirawat sebagai pesakit mental tetapi sudah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital sakit jiwa. 

“Semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki tiga rekod atas kesalahan narkotik, walau bagaimanapun ujian saringan air kencingnya negatif dadah,” katanya.

Beliau menambah, suspek kini di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

Jelas Ahmad Ridhwan lagi,  polis kini menerima lima laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian akibat kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya