Mendiang James pemimpin berwibawa - PM - Utusan Malaysia

Mendiang James pemimpin berwibawa – PM

MENDIANG JAMES JEMUT MASING - FB WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing, yang meninggal dunia awal pagi tadi. 

Perdana Menteri menyifatkan pemergian mendiang satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak dan  negara. 

Menurut beliau, mendiang adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan  berwibawa. 

“Jasa dan pengorbanan mendiang pasti dikenang sampai bila-bila. 

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah  kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran  menghadapi saat duka ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

James meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 7 pagi tadi selepas dimasukkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) yang disahkan positif Covid-19 pada September lalu.

Difahamkan, mendiang sudah lengkap menerima vaksin Covid-19, seperti dipetik menerusi perokongsian laman Facebook Sarawak Update.

Berita pemergian Masing turut disahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Abdullah Saidol. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.