Imigresen tidak pernah lantik ejen urus Program Rekalibrasi PATI

Imigresen tidak pernah lantik ejen urus Program Rekalibrasi PATI

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya telah menerima maklumat dan pertanyaan berkenaan ejen serta pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi PATI dengan mengenakan jumlah bayaran tertentu.

“Ada antara ejen dan pihak ketiga yang berselindung di sebalik nama NGO dan syarikat pembekal tenaga kerja bagi memancing majikan untuk menggunakan perkhidmatan mereka,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang urusan dengan ejen dan pihak ketiga untuk pendaftaran Program Rekalibrasi.

Katanya, Jabatan ini sentiasa membuat pengumuman dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh membuat pertanyaan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) yang boleh dicapai di pautan www.imi.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.