4,782 kes baharu Covid-19, 716 kematian dalam tempoh 14 hari

4,782 kes baharu Covid-19, 716 kematian dalam tempoh 14 hari

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,782 kes positif Covid-19 yang dicatatkan hari ini, berbanding 5,666 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah itu meliputi 2,436,498 kes.

Beliau turut berkongsikan rumusan data CovidNow setakat 24 Oktober 2021, 11.59 malam.

Setakat ini, sebanyak 716 kematian dicatatkan dalam tempoh 14 hari, dengan nisbah 22 kematian per 1 juta dalam tempoh 14 hari, serta 1,445 kemasukan wad dalam tempoh tujuh hari, manakala kadar penggunaan hospital adalah pada 66 peratus.

Purata kes Covid-19 dalam tempoh tujuh hari pula adalah 5,861 kes, dengan kadar lengkap vaksinasi di seluruh negara mencapai 72.8 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya