Ular sawa terperangkap dalam kilang ayam - Utusan Malaysia

Ular sawa terperangkap dalam kilang ayam

ULAR sawa batik yang ditemukan terperangkap dalam kilang memproses ayam di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pekerja sebuah kilang memproses ayam di Kampung Bukit Belimbing di sini, tersentak menemukan seekor ular sawa yang terperangkap di tempat pembersihan premis itu hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu disedari seorang pekerja yang melihat reptilia seberat 10 kilogram (kg) berkenaan cuba memasuki kilang tersebut.

Menyedari kehadiran ular batik sepanjang empat meter itu, dia segera menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, sepasukan lima anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 11 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ular itu masih terperangkap di tempat pembersihan ayam berkenaan.

“Operasi menangkap reptilia itu kemudian dilakukan dengan menggunakan peralatan khas bagi mengelak ia bertindak agresif,” katanya kepada Kosmo/ Utusan Malaysia.

Menurut beliau, operasi berjalan lancar dan ular tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh lima minit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan termasuk melibatkan semua pekerja kilang itu. Reptilia berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah Suzaini, ketika kejadian pihaknya dalam perjalanan menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Belimbing untuk menguruskan mangsa banjir.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya