Siapa Ratasya pada Siti Sarah? - Utusan Malaysia

Siapa Ratasya pada Siti Sarah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seandainya Allahyarhamah, Siti Sarah Raisuddin masih hidup, semalam adalah hari ulang tahunnya yang ke-37 dan tentunya dapat diraikan dengan penuh kasih sayang bersama keluarga, rakan-rakan terdekat dan peminat seadanya.

Menitip kenangan sempena ulang tahun arwah, pengendali akaun Siti Sarah mengimbau memori tentang mengapa semasa hayat, Allahyarham gemar menggunakan nama Ratasya serta memanggil orang lain dengan nama yang sama.

“Ramai tanya kenapa Sarah orang panggilnya Ratasya. Kenapa Ratasya? Siapa Ratasya ini sebenarnya?

“Senang cerita, Ratasya ni macam nama timangan Allahyarham Sarah di kalangan orang industri dan peminat. Kalau anda semua perasan, Sarah pun selalu bahasakan diri dia Ratasya.

“Bermula daripada nama itu, tercetuslah idea untuk melahirkan ‘baby’ istimewa Sarah iaitu Ratasya Cosmetics,”kata pengendali akaun itu semalam.

Selain itu, menurutnya lagi, projek tersebut juga dianggap terlalu dekat dan istimewa di hati arwah.

“Dari hari pertama lagi memang dapat tempat istimewa dalam hati Sarah. Allahyarham memang sangat teruja nak memulakannya.

“Daripada pemilihan produk, warna, kualiti, konsep penggambaran, pembungkusan dan macam-macam lagi, semua ada sentuhan peribadi sarah.

“Kini yang tinggal hanya kenangan sahaja. Memori manis yang tak akan berulang, hanya mampu dikenang,”katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang menitipkan surah Al-Fatihah sebagai bingkisan hadiah buat arwah yang telah dijemput Ilahi pada 9 Ogos lalu.

Turut menarik perhatian ialah ucapan istimewa yang ditinggalkan oleh Shuib Sepah di ruangan komen.

“Selamat hari lahir sayang. Hadiah awak selepas ini saya akan bagi semuanya bila kita jumpa di syurga nanti. InsyaAllah,”katanya.

Selain itu, rakan-rakan artis dan selebriti juga ada meninggalkan komen di ruangan yang sama dengan antaranya termasuk Catriona Ross, Baby Shima, Feeya Iskandar, Bienda, Wani Kayrie dan Ziela Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya