Polis siasat tular ‘kematian 14 ahli keluarga‘ akibat Covid-19  - Utusan Malaysia

Polis siasat tular ‘kematian 14 ahli keluarga‘ akibat Covid-19 

HUSSIN ZAMORA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Polis akan melakukan siasatan terperinci susulan mesej tular kononnya seorang kakitangan syarikat minyak dan gas, di sini kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19 yang disyaki mempunyai unsur penipuan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata,  siasatan kes masih di peringkat awal dan polis belum mempunyai maklumat lanjut.

“Kami baru menerima laporan polis daripada pegawai syarikat berkenaan berkaitan hal tersebut di Balai Polis Pengerang, malam ini.

“Kes akan diklasfikasi dan dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut kes diteruskan oleh Bahagian Jenayah Komersil Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Buat masa ini, siasatan kes masih di peringkat awal dan belum ada apa-apa info tentang siasatan kes dapat dikongsikan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, seorang lelaki didakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga baru-baru ini.

Mesej tular tersebut menyatakan kakitangan syarikat itu yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Manakala pada Khamis lalu, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya